Saturday, 24 December 2016

Shaklee dihati dulu, sekarang dan masa depan

Assalamualaikum semua... Selamat berhujung minggu... Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t...

Harini nak cerita pasal macam mana paah boleh melekat dengan SHAKLEE... Paah dah try SHAKLEE dari bulan 7 2015... Time tu paah makan GLA COMPLEX, ESP, VITA LEA, B-COMPLEX ngan VITA C... Tapi GLA je paah beli sebab yang lain tu memang ada kat rumah... Along belikan untuk ibu...



Paah makan GLA sebab nak betulkan hormon untuk paah boleh pregnant... Dengan izin Allah... Bulan depannya paah pregnant... Alhamdulillah... Allah yang bagi rezeki... Paah berusaha je... Awal-awal pregnant tu ada la paah makan B-COMPLEX, VITA LEA, VITA C ngan ESP... Tapi lepas dapat ubat klinik paah makan ubat klinik je...

So paah stop makan SHAKLEE... Sampai la lepas bersalinkan Ainul... 5 hari kene tahan kat hospital sebab Ainul kene jangkitan kuman dalam darah... 3 hari daripada tu duduk berasingan dengan ainul sebab paah sendiri pun kene jahit third degree tear... Sepanjang berjauhan tu nurse bagi Ainul minum susu formula hospital... Allah je tau betapa sedihnya paah sebab tak dapat nak susukan dia lepas dia lahir... 😭

Hari ke 4 dah boleh keluar ward tapi tak balik umah sebab kene stay ngan ainul kat ward baby plak... Time tu janji dengan diri nak susukan Ainul fully breastfeed... First trial tak berjaya sebab Ainul tak pandai hisap lagi plus dia dah di ajar pakai bekas untuk minum susu... Sabarkan diri lagi... Esoknya cuba lagi... Still tak berjaya... Call husband nangis-nangis sebab rasa sedih sangat tak dapat bagi susu kat ainul sebab susu tak keluar... Call ibu... Ibu cakap sabar... Jangan nangis nanti kalau stress lagi susu tak keluar... Call husband suruh bawak pump nak pump susu bagi keluar... Alhamdulillah ada gak la keluar walaupun sikit...

Hari ke 6 mintak dengan doktor nak balik memandangkan ainul pun dah tak payah di masukkan antibiotic... Balik rumah sambung pump plus ajar gak ainul hisap... Alhamdulillah... Ainul dah pandai nak hisap... Tapi hati tak puas sebab rasa Ainul macam minum tak kenyang... Tido sekejap lepas tu bangun... Siang la sebab kalau malam Alhamdulillah dia memang tido lena...

Tiba-tiba teringat pasal SHAKLEE... Terus text Khairunisa Zakaria ngan Nor Shafina Mohd Din tanya apa yang SHAKLEE ada untuk bagi pekatkan dengan banyakkan susu... Dorang pun suggestkan set menyusu... Pujuk husband mintak belikan...

Alhamdulillah... Lepas consume SHAKLEE secara setia... Susu memang ada perubahan... Sangat pekat... 😍 berat badan ainul naik dengan happy nya... Lagi happy luka jahitan sangat elok lepas 2 bulan terseksa... Start dari tu tiga beradik VITA LEA, VITA C ngan B COMPLEX plus ESP memang tak penah tinggal...


Lagi-lagi dapat bonus SHAKLEE bagi... 😱 terus rasa nak teruskan berSHAKLEE sambil bagi orang sekeliling sihat skali... Paah dah rasa susah so paah taknak orang lain rasa susah macam paah... Bertindak la sebelum terlambat...

Kalau ada keraguan or nak tanya apa-apa... Boleh direct contact paah... 


Wednesday, 21 December 2016

Cara mengawal kolesterol dalam darah

Kalau dah namanya makanan... Takde sapa boleh tolak... Tak kisah la apa jenis makanan pun... Makan je tak reti nak control... Lagi2 tau diri tu jenis tak naik badan... Haaa... Apa lagi... Tolak batu ngan kayu jela... Yang lain semua sumbat... Tak kira timing... Siang malam pagi petang... Kalau boleh tengah tido pun nak makan...

All time favorite paah adalah ayam... 🐔🐓🐣🐤🐥


Segala jenis masakan kalau dah dalam tu ada ayam memang berkepak je nak makan... Lagi2 ayam kfc... Tanya la kawan-kawan sapa kenal paah... Kalau tanya nak makan apa mesti dia jawab kfc... Ada yang tanya "ko ni tak penah bosan ke makan kfc?" apa jawapan??? "kalau dah namanya ayam... Takkan penah ku tolak kfc..."
Tapi makan semua benda alah tu... Ada pikir pasal kolestrol??? Takde kan... Sampai la abah tegur... "Jaga sikit makan tu... Memang la berat tak naik... Tapi nanti kolestrol tinggi" 😱😱😱 apa benda alah kolestrol tu??? Tak penah nak tau... Yang tau kotakpenahtolakmakanan... 

So bila dah kene tegur tu... Baru la berusaha cari penyelesaian nak control kolestrol tu... Taknak la muda2 lagi dah kene heart attack... 😣😣😣 kan...



APAKAH ITU KOLESTEROL? 

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan... Ia juga ditemui dalam peredaran darah manusia... Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati...
Kolesterol pemakanan datang daripada dagingayamikan dan produk tenusu... Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein... Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron...
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah... Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah... Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah...
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein... Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL)...
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol 'baik'...





Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL... 
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol... Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis...
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung... Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung... Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung)...
Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu... Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL...



KESAN KOLESTEROL TINGGI

  • Strok
  • Serangan jantung
  • Penyempitan arteri
  • Darah tidak mengalir dengan baik 

CARA MENGAWAL PARAS KOLESTEROL 

  • Mengawal diet pemakanan harian
  • Memperbanyakkan aktiviti fizikal
  • Menurunkan berat badan
  • Menjauhi rokok dan alkohol

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU DALAM PENGAWALAN PARAS KOLESTEROL?





OMEGA GUARD

Merupakan minyak ikan yang TERBAIK DIDUNIA... Diekstrak daripada ikan laut air sejuk diperairan negara Jepun... Ia bukan daripada hati ikan... 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan yang biasa... Berbanding jenama minyak ikan lain yang terdapat dipasaran, OMEGA GUARD SHAKLEE merupakan yang PALING TULEN DIDUNIA yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi... Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA...


BAGAIMANA OMEGA TURUNKAN PARAS KOLESTEROL? 

Omega Guard adalah asid lemak dari minyak ikan omega-3... Ia sangat tinggi dengan kolesterol HDL... Ia berfungsi untuk membawa kolesterol keluar dari salur arteri ke hati untuk proses penyingkiran... Dengan kehadiran HDL ia dapat merendahkan paras LDL, maka plak pada dinding arteri dapat dicairkan lantas dapat melancarkan aliran darah... Kehadiran plak pada dinding arteri sangat membahayakan kerana ia boleh menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar dan menyebabkan ia bergumpal... Ini akan meningkatkan risiko strok dan arteri mengeras dan pecah... Dengan kata lain, ia bantu membersihkan salur arteri...


PHYTOCOL-ST

Merupakan supplement anti-kolesterol yang mengandungi phytosterols iaitu sebatian sterol dan stanol dari tumbuh-tumbuhan yang serupa dengan kolesterol... Sterol tumbuhan telah terbukti mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan strok termasuk masalah tekanan darah tinggi, penyakit hati dan masalah kesuburan...



Bagaimana Phytocol bertindak?

Phytosterols (molekul hijau) akan membentuk lapisan disekeliling kolesterol (molekul kuning) lalu menghalangnya dari menyerap kedalam salur darah... Kolesterol yang tidak diserap ke salur darah akan disingkirkan dari tubuh...
Oleh itu, apabila kolesterol dalam salur darah berkurangan, paras kolesterol akan menurun dan penyakit seperti penyakit jantung koronari dan strok dapat dicegah... Masalah kegemukan akibat kolesterol juga dapat diatasi...


So... Dah tau macam mana nak kawal kolesterol dalam darah??? Untuk maklumat lanjut boleh contact paah...




Monday, 19 December 2016

KEBAIKAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE DALAM MENCANTIKKAN DIRI DENGAN CARA SIHAT

Assalamualaikum kepada pembaca blog sihatbertenagabypaah.blogspot.com... Lamanya paah tak update blog ni... Sekarang kan musim cuti sekolah... So family in law datang dari tawau... Husband anak sulong so ada la adik2 kecik yang masih bersekolah... Kesian plak kat dorang kalau cuti duduk rumah je kan...

Baru-baru ni kawan-kawan SHAKLEE tunjuk yang dorang beli COLLAGEN POWDER... Amboi-amboi... Bukan main ye... Masing-masing taknak ketinggalan jadi cantik... Jap2... Apa benda COLLAGEN POWDER ni???



SHAKLEE COLLAGEN POWDER merupakan supplement kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah... Ia juga dicampurkan dengan 7 bahan utama seperti ekstrak bijih benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, vitamin C Dan vitamin B yang member ikan pelbagai khasiat seperti berikut:


  • Menyokong produksi kolagen untuk meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit
  • Mengecilkan liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
  • Kulit lebih putih dan licin
  • Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar


Tengok la betapa menariknya kisah pasal COLLAGEN POWDER SHAKLEE ni... Korang paham ke apa kolagen ni???

Kolagen ni sebenarnya adalah protein yang ada pada kulit... Boleh dikatakan 80% dari kulit-kulit kita mengandungi kolagen... Bila seseorang itu meningkat dewasa, banyak protein yang ada dalam kulit mula hilang... Bila dah hilang, kulit akan mula menjadi kedut dan berwarna kusam...


TANDA-TANDA KEHILANGAN KOLAGEN
  • Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bag), penglihatan kabur...
  • Gusi yang tidak sihat...
  • Garis halus kelihatan pada leher... 
  • Payudara dan punggung kendur... 
  • Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan... 
  • Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung... 
  • Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan... 
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering, kelihatan tua dari umur sebenar, organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan... 
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi... 




SUMBER KOLAGEN DALAM SUPPLEMENT DI PASARAN

  • Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
  • Daripada babi (porcine origin) 
  •  Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
  • Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
  • Daripada Yak – produk dari China
  • Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

Oleh itu, pastikan kolagen yang anda makan/gunakan itu dari sumber yang halal... Pilihan paah mestilah SHAKLEE COLLAGEN POWDER dijamin HALAL...


Untuk lebih kepastian... Boleh hubungi paah...









Tuesday, 29 November 2016

LANDMARK STUDY SHAKLEE

Assalamualaikum semua... Selamat datang untuk diri sendiri ke laman blog... Haha... Mula2 nak buat blog ni rasa susah jugak ek... Tapi nasib baik ada kawan-kawan #fantastic7 tolong bagi semangat... Kalau tak dah selamat fon ni duduk bawah katil...

Apa nak jadi ngan aku ni.. Selalu merungut... Bising-bising bila nak cuba sesuatu yang baru... Blom cuba lagi dah kata tak boleh... Negative betul aku ni...


Sapa sama cam paah??? Blom try lagi dah kata macam2... Contoh bila orang ajak try makan supplement SHAKLEE... Ada tak yang cakap camni

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

"mahal sangat la... Baik makan buah fresh... Lagi murah... Sedap pun sedap"

"ala... Cukup je zat vitamin makan nasi hari2"

Cuba kira berapa harga kesihatan kita 20 30 tahun akan datang... Ye... Semua dengan izin Allah... Tapi Allah pun suruh kita berusaha jaga kesihatan... Allah dah bagi pinjam tubuh badan ni so pandai2 la kita jaga pinjaman ni... Tak kisah la berapa gak harga dia... Lagi bagus kita ajak orang sekeliling sihat sekali... 😍

Jadi... Kenapa SHAKLEE???

Sebab SHAKLEE buat LANDMARK STUDY... LANDMARK STUDY tu apa??? Landmark study tu kajian yang di buat oleh pakar2 sains untuk melihat sejauh mana kebenaran kebagusan SHAKLEE ni... Bukan calang2 orang tau... So anda semua jangan la ragu2 untuk memilih SHAKLEE sebagai makanan tambahan anda...

Jadi apa tunggu lagi... Jom wassap or sms bonda : 0133254076 😍

#tsunamishaklee
#landmarkstudy
#shakleeeffect
#liveamazing